sekarang nih aku dah ada 13 orang anak buah... dulu 12... tambah AWEEN... jadi 13 orang.
ayyooo... musim raya nih kering plak la poket aku..
huhuhuhu...
ni aku aku nk kongsi majlis Selawat untuk AWEEN @ Siti Syazween Binti Mohd Sanusi..
MIMI, NANA, ACHIK dan CHAD dah sepakat nak panggil adik diorang adik AWEEN...
ni la Umi diorang. Che Dah @ Kak Dah. akak no 2 aku.
tahniah la Che Dah... tapi kalu nak ikut Nabi, kna la tambah 2 lagi koleksi. hehehhee
yang pakai baju berkilau keemasan tuh Ustaz PD. Lebai muda kat kampung aku. aku dicukur oleh Lebai Brahim, lebai tua... xla tua tua sangat, kira senior la. hehehehe
sambil-sambil tue, Pok Teh Pok Ya mulakan bacaan Ghowi. ikut istilah kami la. hehehehe
hadirin sedang menjamu selera. buat makan simple-simple jer, daging biri2 gulai tunggang campur pisang dan ubi badak, daging gulai putih, ayam merah, acar timun, sambal, tembikai dan air sirap.
simple2 pun, 2 ekor biri-biri jantan jugak yang tumbang + 25 kg daging lembu dan ayam aku lupa berapa ekor. huhuhu
jenuh jugak duk siang biri-biri jantan 2 ekor tuh.. huhuhu...
nih plak Syraf.. nak jugak masuk kamera...ambik jer la.
setakat nih jer la... internet wat hal plak.. xleh nk upload gmbr.. huhuhu